Announcement

Program Mencari Kerja

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah bekerjasama dengan tiga (3) agensi utama untuk melaksanakan Program Mencari Kerja.

Program ini merupakan satu tanggungjawab sosial korporat PTPTN dan  agensi bagi membantu peminjam PTPTN mencari pekerjaan dan membina kerjaya dengan lebih baik serta seterusnya dapat meningkatkan prestasi bayaran balik pinjaman demi kelangsungan pinjaman kepada generasi akan datang.

Tiga (3) agensi utama yang menyertai program ini iaitu Rubix Consulting Sdn. Bhd. (RUBIX) - MyJob,  Agensi Pekerjaan JobStreet.com Sdn. Bhd. - Jobstreet.com dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia - JobsMalaysia menyediakan kemudahan tambahan kepada peminjam PTPTN bagi meningkatkan keupayaan diri serta peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah :

https://www.ptptn.gov.my/jomcarikerja