Sijil Pembantu Kesihatan Awam

KELULUSAN KPT : KPT/JPS(N/213/4/0082) MQA (PA4988)

TEMPOH PENGAJIAN  : 2 tahun (4 semester)

PENGAMBILAN : Jun, September

 

PENGENALAN

Sijil Pembantu Kesihatan Awam menyiapkan pelajar untuk mendapatkan asas pelajaran dalam bidang pencegahan dan kawalan serta kerjaya lain yang memerlukan pendidikan khusus seperti pengwasapan (fogging), pensampelan air, pensampelan makanan, dan sebagainya. Ianya mengandungi pembelajaran yang memacu pelajar ke arah matlamat masa depan mereka.

Kurikulum Sijil Pembantu Kesihatan Awam menyediakan pelajar supaya diterima bekerja sebagai pelbagai jawatan dan juga untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang yang berkaitan dengan kesihatan orang ramai.

 

PROSPEK KERJAYA

Pembantu Kesihatan Awam di:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
  • Syarikat Perladangan (seperti KEJORA)
  • Agensi Kawalan Serangga & Makhluk Perosak

 

SENARAI KURSUS

  1. Perlembagaan & Masyarakat
  2. Pengajian Malaysia 1
  3. Bahasa Inggeris
  4. Kimia Asas
  5. Fizik Asas
  6. Mikrobiologi Asas
  7. Matematik Asas
  8. Anatomi dan Fisiologi
  9. Prinsip Kesihatan Awam
  10. Bekalan Air
  11. Kumbahan
  12. Kawalan Vektor
  13. Kebersihan Makanan
  14. Kawalan Penyakit Berjangkit
  15. Perundangan Kesihatan Awam
  16. Pendidikan Kesihatan
  17. Pelupusan Sisa Pepejal
  18. Perbandaran
  19. Latihan Industri Pihak Berkuasa Tempatan
  20. Latihan Industri Pejabat Kesihatan Daerah

 

MOD PENGAJIAN

Mod pengajian program secara sepenuh masa yang disampaikan melalui kaedah berikut:

  • Kuliah
  • Tutorial/Praktikal
  • Penilaian
  • Penempatan Perindustrian

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM dengan satu (1) Kredit (Kepujian) dalam mana-mana subjek dan Lulus Bahasa Malaysia dan Sejarah
    atau
  • Lulus GCE 'O'Level dengan minimum gred C dalam mana-mana satu (1) subjek
    atau
  • Lulus UEC dengan minimum Gred B dalam mana-mana satu (1) subjek
    atau
  • Kelayakan lain yang diiktiraf

 

Want to know more about this programme?

 

 

Life at our college

 

How to Enroll